PENGENALAN
WANITA PENCERDAS UMAT

Pendaftaran Pertubuhan SALWA Malaysia telah diluluskan pada 2018 dengan nombor pendaftaran PPM-010-10-12122018
Perlancaran Pertubuhan SALWA Malaysia telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 17 Januari 2019 di Seri Satria, Putrajaya
Penubuhan SALWA adalah dengan hasrat untuk memperkasa wanita dan keluarga melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi mereka dalam masyarakat.
Objektif Penubuhan SALWA:
- Menggalakkan percambahan dan pembinaan idea-idea dakwah yang progresif yang berkaitan wanita dan keluarga sesuai dengan perubahan msa dan suasana masyarakat semasa
- Mengenal pasti isu, persoalan dan cabaran terpenting dalam proses mendidik dan mencerdaskan umat dalam isu wanita dan keluarga
- Mengenal pasti strategi dan kaedah terpenting dalam mendidik umat berkaitan isu wanita dan keluarga di pelbagai peringkat
- Menentukan pendekatan dan agenda bertindak yang sesuai dalam usaha meningkatkan kualiti kepimpinan wanita
Kumpulan Sasar:
- Ahli Pertubuhan
- Wanita
- Keluarga
- Ahli Masyarakat