PENGENALAN
Sertai kami sebagai SAHABAT SALWA Malaysia
Sahabat SALWA merupakan jaringan sokongan dan rakan strategik kepada Pertubuhan SALWA Malaysia.
Ia diwujudkan sebagai platform inklusif untuk menghimpunkan sukarelawan, penyokong serta masyarakat umum yang ingin bersama menjayakan visi dan misi SALWA dalam memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat.
>> Klik Untuk Daftar Sebagai SAHABAT SALWA!
Objektif SAHABAT SALWA:
- Menjadi jambatan kerjasama antara pertubuhan dengan masyarakat
- Membina kumpulan sokongan yang aktif dalam program kebajikan, pendidikan, dan pembangunan wanita
- Mengukuhkan nilai kesukarelawanan dan semangat kebersamaan
- Melahirkan komuniti penyokong yang sentiasa mendokong agenda Malaysia MADANI
Peranan SAHABAT SALWA:
- Membantu menjayakan program dan aktiviti anjuran SALWA
- Menyebarkan mesej positif berkaitan kesejahteraan keluarga, wanita dan masyarakat
- Menjadi duta kecil dalam mengangkat jenama dan perjuangan SALWA
- Menyumbang idea, tenaga atau kepakaran mengikut kemampuan masing-masing
Manfaat Menjadi SAHABAT SALWA:
- Peluang menyertai program pembangunan diri dan kepimpinan
- Rangkaian sahabat dari pelbagai latar belakang
- Pengiktirafan sebagai sukarelawan aktif
- Menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara berstruktur
Antara aktiviti SAHABAT SALWA:
- Program sukarelawan & khidmat masyarakat
- Bengkel dan seminar kesedaran
- Kempen media sosial bersama Sahabat SALWA
- Aktiviti santai: ziarah, gotong-royong, atau rekreasi ukhuwah