MISI, VISI, TERAS
Misi
Memperkasa wanita dengan cara meningkatkan kesedaran daya fikir melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta penyataan pandangan yang jelas dan tegas.
5 Teras SALWA
Fokus kerja SALWA Pusat adalah pada 5 teras berikut :
Pembangunan Komuniti
Membangun dan menggerakkan program Islamisasi, pencerdasan dakwah komuniti dan pendidikan umat di pelbagai masyarakat dan komuniti. Membangunan komuniti dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. SALWA juga memberi tumpuan program pembelaan wanita musta’adafin - ibu tunggal, warga emas dan teraniaya selain membantu wanita dan keluarga yang miskin dan OKU dalam ruang kemampuan SALWA. SALWA juga menubuh dan membina rangkaian Rumah Quran SALWA di seluruh negara dalam misi pengukuhan jiwa melalui pengajian al-quran dan al-hadis
Wanita, Keluarga & Sosial
SALWA mensasarkan untuk mengukuhkan peranan wanita Islam dalam pembangunan negara. SALWA turut memperjuangkan pembaharuan dasar dalam isu-isu keselamatan wanita dan keluarga hari ini. Untuk itu SALWA menganjurkan program pencerdasan dan kesedaran di kalangan wanita dan keluarga. SALWA juga menumpukan kepada program kekeluargaan dan pembinaan generasi MADANI selain mengukuhkan jaringan dan mempelbagaikan program pemberdayaan wanita dan keluarga.
Dakwah & Kepimpinan
SALWA merancang dan melaksanakan modul latihan kepimpinan SALWA di seluruh negara bagi meningkatkan citra SALWA dalam masyarakat umumnya. Untuk itu SALWA menganjurkan program dakwah yang melibatkan institusi seperti masjid dan agensi kerajaan
SALWA Prihatin
SALWA memberi tumpuan kepada aktiviti dan program kebajikan SALWA melalui ziarah dan sumbangan. Pasukan sukarelawan SALWA Prihatin ditubuhkan di seluruh negara. Pasukan ini bertanggungjawab menggerakkan Tabung SALWA Prihatin dan Tabung Bencana yang bertanggungjawab membantu dalam urusan kebajikan ahli dan sahabat SALWA
Penerbitan, ICT & Media
SALWA mempunyai pasukan yang mengurus pusat maklumat, medan penyiaran dan penerbitan SALWA yang bertanggungjawab menyebarluas agenda dakwah bil hal dan citra SALWA di medan sosial