PROGRAM INTELEK

SEMINAR INSPIRASI WANITA MADANI: MENYULAM PERADABAN UMMAH

Seminar Inspirasi Wanita Madani: Menyulam Peradaban Ummah telah diadakan bersempena Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan (MPSK) 2025. Program ini menghimpunkan pimpinan serta ahli SALWA dari seluruh negara bagi memperkukuh peranan wanita sebagai agen pembinaan ummah dan penggerak perubahan dalam masyarakat madani. Seminar ini juga menjadi wadah perkongsian ilmu dan pengalaman oleh tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang keilmuan, keagamaan dan kepimpinan wanita.

Seminar Pembelaan Hak Wanita: Lindungi Diri, Lindungi Keluarga

SALWA Negeri Selangor akan mengadakan  Seminar Pembelaan Hak Wanita: Lindungi Diri, Lindungi Keluarga seperti ketetapan berikut:   

📆 Tarikh    :16  Julai 2025 (Rabu) 
⏰ Masa     :08.00 pg - 1.00 ptg 
🕌 Lokasi   :Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam (IPGMKPI), Bandar Baru Bangi  
➡️ https://maps.app.goo.gl/L4PWtRDWxQX34hj47