PROGRAM MASJID DI HATIKU

MASJID DI HATIKU: PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAH

🗓️ 15 DISEMBER 2024 | AHAD
đź•— 07.00 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
🕌 MASJID AL-A'LAA, KG LOKUB JLN TEROWONG, SEPANGGAR, KOTA KINABALU, SABAH

MASJID DI HATIKU: PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAH

SALWA Sabah bersama dengan YADIM Negeri Sabah serta Persatuan Sukarelawan dan Kebajikan Wanita Negeri Sabah telah menganjurkan program bertajuk “Masjid Di Hatiku” bertempat di Masjid Al-A’Laa, Kg Logub, Jalan Terowong, Sepanggar.

Program ini bertujuan untuk mengajak masyarakat khususnya di kampung ini agar lebih dekat dengan aktiviti pengimarahan masjid. Antara pengisian program Masjid Di Hatiku adalah Bengkel Taharah Wanita, Kursus Pengurusan Jenazah Wanita serta bantuan sumbangan bakul makanan. Kehadiran sangat memberangsangkan. Sesuai dengan sasaran utama, kehadiran dimonopoli oleh kaum hawa. Lebih seratus orang memenuhi ruang masjid untuk bersama-sama menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Datin Rosnih Nasir (Teras Pembangunan Wanita, Keluarga & Sosial) yang merancang dan menjadikan Yadim Negeri Sabah sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan di Sepanggar ini.

  • Galeri