BAKUL KASIH RAMADAN 1446H
Alhamdulillah, Ramadan yang ditunggu telah tiba. Bulan terbaik mengumpul ganjaran, membersih hati dan padanya terkumpul kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari api neraka.
Meneladani Rasulullah yang dermawan dan bersegera berinfaq, SALWA Malaysia meneruskan pengumpulan dana BAKUL KASIH RAMADAN SALWA 1446H/2025.
”Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan….Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.”
Bersama rakan strategik dan rangkaian SALWA Negeri di seluruh negara, SALWA mensasarkan kutipan sebanyak RM100,000 dengan hasrat murni untuk meringankan beban sahabat SALWA dan para asnaf.
Mohon salurkan infaq ke akaun;
Pertubuhan SALWA Malaysia
BIMB - 12 3000 1000 73 88
Rujukan: BKR25
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sekretariat SALWA:
www.wasap.my/601154188425/BKR25
Terima kasih atas infaq yang dihulur. Mudah-mudahan kita semua beroleh TAQWA. InsyaAllah.
Salam Ramadan Mubarak:-
Pengerusi & Jawatankuasa
Pertubuhan SALWA Malaysia