Seminar WANITA SEJAHTERA, ANGGUN DAN WIBAWA
Wanita merupakan tonggak utama keluarga, masyarakat dan pembangunan
negara. Maka kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan spiritual wanita amat
penting dalam melahirkan generasi yang sejahtera serta wanita yang berilmu,
anggun dan berwibawa. Dalam dunia moden, wanita tidak hanya mengurus
rumah tangga, malah turut memikul tanggungjawab kerjaya dan ekonomi.
Kesibukan dan tekanan ini sering membawa kepada keletihan emosi, stres,
kemurungan, keresahan serta gangguan kesihatan mental yang semakin
meningkat dalam kalangan wanita. Terdapat laporan menunjukkan ramai
wanita mengalami masalah seperti anxiety, postpartum depression dan
burnout, tetapi tidak mendapatkan bantuan kerana stigma atau kurang
kesedaran.
Selain itu, isu kesihatan fizikal seperti obesiti juga semakin membimbangkan,
berpunca daripada gaya hidup sedentari, pemakanan tidak seimbang dan
tekanan kerja. Menurut NHMS 2018, kadar obesiti wanita Malaysia semakin
meningkat, meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi
dan penyakit jantung. Sehubungan itu, Seminar Wanita Sejahtera, Anggun
dan Berwibawa ini diadakan untuk menyoroti cabaran kesihatan fizikal dan
mental wanita, membincangkan punca serta langkah pemerkasaan agar
wanita terus kekal sihat, yakin dan berdaya saing dalam kehidupan.
✅ Tarikh dan tempat :
23 November 2025 (Ahad)
8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Dewan Aminuddin Baki,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
✅ Peserta :
Kehadiran seramai 300 orang
Peserta daripada kalangan guru, IPG, NGO, persatuan orang pekak, persatuan ibu tunggal dan awam
✅ Penganjur :
Anjuran SALWA Pulau Pinang. Dengan Kerjasama
1. Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
2. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
3. Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, Gelugor Pulau Pinang
4. Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita Seberang Perai Tengah Berhad
5. Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang
6. Pusat Tunas Nahdah Permatang Pauh
✅ Objektif
1. Meningkatkan kesedaran wanita tentang kepentingan kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan spiritual.
2. Memberi pendedahan mengenai punca, kesan dan pencegahan obesiti serta implikasinya terhadap kesihatan wanita.
3. Menyedarkan peserta tentang isu kesihatan mental wanita seperti stres, anxiety dan kemurungan serta cara pencegahannya.
4. Memberi pengetahuan tentang bentuk rawatan dan sokongan yang boleh diperoleh bagi masalah fizikal dan mental.
✅ Perasmian:
- Perasmian oleh Tuan Haji Mohd Fadzil Mohd Salleh, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampuas Tuanku Bainun.
- Ucapan Aluan oleh Pn Hjh. Nordiran Idris, Pengerusi SALWA Malaysia
✅ Pengisian
1. Prof Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir, Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Tajuk: Wanita Sejahtera, Anggun dan Wibawa: Fizikal, Mental, Sosial dan Spriritual
2. Dr. Jumaida Abu Bakar, P.C.M. MD(USM), MOG(UKM), Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Tajuk: Obesiti dan Implikasinya terhadap kesihatan wanita
3. Dr. Lily Marina Ismail, Pakar Psikiatri, Hospital Bukit Mertajam
Tajuk: Masalah dan penyakit mental dalam kalangan wanita
✅ Resolusi & penutup oleh Pn. Nor Hayati Abu Bakar, Ketua SALWA Negeri Pulau Pinang