PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI

Seminar Inspirasi Keluarga Madani: Dari Rumah ke Negara

1. Pengenalan
Seminar Inspirasi Keluarga Madani telah dilaksanakan pada 13 Disember 2025, hari Sabtu, bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu, Sabah. Program ini telah dihadiri oleh seramai 720 orang peserta yang terdiri daripada wakil badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

2. Penganjur dan Kerjasama
Program ini dianjurkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) dengan kerjasama pelbagai rakan strategik merangkumi agensi kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan wanita, belia dan pelancongan di peringkat negeri Sabah.

3. Objektif Program
Penganjuran seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai konsep Keluarga Madani yang berteraskan nilai-nilai murni, Maqasid Syariah dan prinsip Fiqh Mizan. Di samping itu, program ini turut bertujuan memperjelas peranan institusi keluarga dalam pembinaan masyarakat seimbang dan negara berperadaban serta berkongsi amalan praktikal ke arah kesejahteraan rohani dan material dalam kehidupan berkeluarga.

4. Pengisian Program
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Puan Hjh. Nordiran Idris, Pengerusi Pertubuhan SALWA Malaysia. Sesi pertama bertajuk “Keluarga Madani: Membina Peradaban Dari Rumah” telah disampaikan oleh Puan Hjh. Badariah Ismail yang menekankan peranan pendidikan nilai dan akhlak dalam keluarga. Sesi kedua pula bertajuk “Keseimbangan Peranan, Nilai dan Aspirasi Wanita dalam Keluarga” telah disampaikan oleh Puan Hjh. Mahanom Basri yang mengupas peranan strategik wanita dalam institusi keluarga. Program diteruskan dengan sesi forum bertajuk “Peranan Keluarga Madani dalam Malaysia MADANI – Dari Rumah ke Negara” yang menampilkan tokoh akademik dan kepimpinan negeri serta dipengerusikan oleh Encik Abdul Manap Mahmud.

5. Ucapan Perasmian Penutup
Ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh YABhg. Datin Seri Panglima Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Pengerusi KASIH Malaysia. Beliau menekankan cabaran semasa yang dihadapi oleh institusi keluarga, kepentingan kebijaksanaan dan kesabaran dalam mendepani perbezaan generasi, serta peranan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat berteraskan rahmah, ketenangan jiwa dan keimanan. Beliau turut menyentuh keperluan pendekatan menyeluruh dalam menghadapi realiti Malaysia sebagai negara tua menjelang tahun 2048.

6. Impak Program
Seminar ini telah berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta terhadap konsep Keluarga MADANI serta mengukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan masyarakat awam. Program ini diharap dapat menyumbang kepada usaha memperkasa institusi keluarga sebagai tonggak utama dalam pembinaan masyarakat harmoni dan negara Malaysia MADANI.

  • Galeri