
Sertai Seminar Menangani Ancaman Akidah Umat Islam Dalam Era Digital
Era digital memperlihatkan bagaimana media sosial dan internet menjadi sumber utama
maklumat bagi kebanyakan orang, tetapi juga tempat penyebaran fahaman sesat dan unsurunsur yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pelbagai kandungan di media sosial,
termasuk video, artikel dan meme boleh mempengaruhi pemikiran pengguna.
Internet dan media sosial, yang pada dasarnya merupakan alat komunikasi dan maklumat, kini menjadi saluran utama penyebaran fahaman dan ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam. Umat Islam, terutama golongan muda, terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman akidah yang boleh menggugat keimanan mereka. Cabaran era digital tidak terhad kepada kegelinciran akidah sahaja, tetapi juga kepada
pemahaman dan penghayatan Islam yang sebenar.
Fenomena ini mewujudkan satu bentuk kelemahan di kalangan umat Islam, di mana mereka
mudah terpedaya dengan maklumat yang menyesatkan dan membawa kepada kegelinciran
akidah
Seminar ini bertujuan untuk mendidik masyarakat Islam supaya memahami unsur-unsur yang menjejaskan aqidah. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam tentang ancaman akidah dalam era digital dan mengajak ibubapa dan pendidik mengambil peduli tentang ancaman dunia siber dan digital
terhadap akidah dan akhlak anak-anak dan pelajar-pelajar. Selain itu seminar ini diharap dapat mengajak masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur-unsur kesesatan
Aqidah dan Ghuluw di media sosial.
Malaysia Madani menekankan pembangunan masyarakat yang harmonis dan maju, dengan
menekankan nilai-nilai keadilan, kesederhanaan, dan kebijaksanaan. Ancaman akidah
dalam era digital ini, jika tidak ditangani, boleh menjadi penghalang kepada usaha untuk
membentuk masyarakat yang Madani. Masyarakat yang tidak teguh akidahnya tidak akan
dapat menyumbang secara positif kepada pembangunan negara dan masyarakat yang
sejahtera dan beradab seperti yang diimpikan dalam konsep Malaysia Madani.
Program Seminar Ini akan diadakan pada waktu dan tempat berikut:
π: 1 Julai 2025 (Selasa)
β°: 8.00 pagi β 2.00 petang
π’: Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Ahli panel yang akan mengisi ruang perkongsian pada hari tersebut ialah:
Panel Pakar:
π‘ Superintenden Tuan Bakari Bakar
(Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial, PDRM Bukit Aman)
π‘ Ustaz Haji Abdul Hadi Bakri Abdullah
(Pendakwah Bebas & Pakar Duat Al-Falah)
π‘ Ustaz Firdaus Subhi
(Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAIS)
π‘ Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin
(Ketua Pegawai Eksekutif, YADIM)
MASUK ADALAH PERCUMA
Daftar Sekarang. Klik pada pautan berikut untuk mendaftar
Atau Hubungi kami untuk sebarang maklumat lanjut: WhatsApp: 011-54188425