
HARI WANITA ANTARABANGSA 2025
Pertubuhan Salwa Malaysia dengan berbesar hati mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Antarabangsa 2025 dengan tema โWanita Beraspirasi Membina Legasiโ.
Wanita mendidik generasi, wanita pahlawan kasih sayang dan wanita adalah perhiasan dunia.
โ ุงูุฏููููููุง ู ูุชูุงุนู ููุฎูููุฑู ู ูุชูุงุนู ุงูุฏููููููุง ุงููู ูุฑูุฃูุฉู ุงูุตููุงููุญูุฉู br> โDunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.โ
โ Wanita adalah madrasah pertama. Seorang ibu melahirkan satu generasi. Kisah teladan ibu kepada Imam Syafie RA, Fathimah binti Ubaidillah Azdiyah cukup menginspirasikan. Seorang ibu tunggal yang tekad mendidik anaknya untuk meraih ilmu bagi berbakti kepada umat dengan cukup teliti membesarkan anaknya bermula daripada makanan yang dimakan anaknya. Sanggup berkorban menghantar anaknya menuntut ilmu jauh daripadanya. Dalam kemiskinan membesarkan Imam Syafie sehingga menjadi murabbi dan imam rujukan umat.
Wanita tidak hanya memainkan peranan penting dalam keluarga, tetapi turut menjadi peneraju dalam pembangunan masyarakat dan negara. Dengan aspirasi dan keazaman tinggi, wanita mampu mencipta legasi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada generasi kini tetapi juga membentuk masa depan yang lebih inklusif dan sejahtera.
Pertubuhan Salwa Malaysia terus komited dalam program pencerdasan wanita, memperjuangkan hak, kesejahteraan dan pembangunan wanita melalui pelbagai inisiatif termasuk program latihan keusahawanan, bengkel pembangunan diri, advokasi hak wanita serta sokongan kepada ibu tunggal dan golongan yang memerlukan. Kami percaya bahawa apabila wanita diberikan peluang dan sokongan yang sewajarnya, mereka dapat mencapai potensi penuh mereka dan menyumbang secara signifikan kepada masyarakat dan negara.
Sempena sambutan ini, kami menyeru semua pihak โ kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhan โ untuk bersama-sama dan terus mendukung usaha memperkasa wanita. Marilah kita mencipta ruang dan peluang yang lebih luas untuk wanita agar mereka dapat terus berkembang, berjaya, dan meninggalkan legasi yang bermakna.
Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita. Terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, keberanian dan inspirasi untuk membina legasi dan masa depan yang lebih cemerlang.
Ramadan Kareem