Elak Jadi Mangsa "Scam": Kuliah Ilmu Interaktif Perkasa Warga Emas
Bandar Baru Bangi | 23 Januari 2026
Pertubuhan SALWA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama NGO HELWA Bandar Baru Bangi dan Surau Ar-Raudhah Seksyen 3 Bangi telah berjaya menganjurkan Kuliah Ilmu Interaktif: Klik Dengan Berhati-Hati โ Warga Emas Sasaran Scammer! pada Jumaat, 23 Januari 2026 bertempat di Surau Ar-Raudhah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi ini telah menghimpunkan seramai hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada warga emas dan masyarakat umum.
Konvensyen Dakwah Negara Himpunkan Pelbagai Pihak Bincang Cabaran Sosial Umat
Kuala Lumpur, 14 Januari 2026 - Konvensyen Dakwah Negara: Mendepani Isu Sosial Umat telah berjaya dianjurkan pada 14 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Kingston 10 @ Unicorn Hotel, Kuala Lumpur. Program berskala nasional ini dianjurkan oleh Pertubuhan SALWA Malaysia dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai wadah perbincangan strategik dalam menangani pelbagai isu sosial umat Islam yang semakin mencabar dalam era globalisasi dan pendigitalan.
Seminar Inspirasi Keluarga Madani: Dari Rumah ke Negara
KOTA KINABALU, 13 Disember 2025 โ Seminar Inspirasi Keluarga Madani telah berjaya dianjurkan pada Sabtu bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Center (SICC), dengan menghimpunkan seramai 720 peserta terdiri daripada wakil badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam.
Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025
Pertubuhan SALWA Malaysia mengucapkan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Semoga tenang menjawab soalan dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
ุจูุงูุชููููููููู ููุงููููุฌูุงุญู
SEMINAR WANITA SEJAHTERA, ANGGUN DAN WIBAWA HIMPUNKAN 300 PESERTA DI IPG TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM, 23 November 2025 (Ahad) โ Seminar Wanita Sejahtera, Anggun dan Wibawa anjuran SALWA Pulau Pinang berlangsung meriah di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun dengan kehadiran hampir 300 peserta terdiri daripada guru, warga IPG, NGO, persatuan orang pekak, persatuan ibu tunggal serta masyarakat awam.
Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), IPG Kampus Tuanku Bainun, IPG Kampus Pulau Pinang, Koperasi Ibu Tunggal & Wanita SPT Berhad, Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang serta Pusat Tunas Nahdah Permatang Pauh.
Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan 2025 Kukuhkan Kepimpinan Dakwah Wanita di Era Globalisasi
Kuala Lumpur, 5 Oktober 2025 โ Pertubuhan SALWA Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Perwakilan SALWA Kebangsaan (MPSK) 2025 pada Ahad, 5 Oktober 2025 bersamaan 13 Rabiulakhir 1447H. Program tahunan yang berlangsung dengan penuh semangat ukhuwah itu menghimpunkan pimpinan dan wakil SALWA dari 14 buah negeri seluruh Malaysia, bertujuan memperkukuh gerakan dakwah wanita serta memperbaharui iltizam kepimpinan dalam mendepani cabaran era globalisasi.
Berkaitan Isu Ehati Dan Pemerkasaan Wanita Yang Menggugat Akidah Umat
Pertubuhan SALWA Malaysia memandang serius perkembangan terkini berkaitan platform eHati serta program-program yang dijalankan, yang telah menimbulkan pelbagai kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya wanita Muslimah di Malaysia.
HARI WANITA ANTARABANGSA 2025
Sambutan Maโal Hijrah 1446H
Ibrah peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. atas perintah Allah yang menjadi permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, mempunyai pengertian yang amat besar dalam kalangan umat Islam.
Lima dimensi Dasar Warga Emas Negara
Nilai Akhlak Dalam Pembentukan Negara Madani Melalui Pendidikan
Pendidikan merupakan tunjang utama dalam membangunkan sesebuah negara. Pembentukan Negara Madani juga berasaskan enam teras utama iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Penjagaan Gigi Untuk Warga Emas
Penjagaan gigi untuk warga emas adalah aspek penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan
Kepimpinan Wanita: Cabaran dan Potensi
Dalam era globalisasi yang serba pantas ini, peranan wanita dalam kepimpinan semakin mendapat perhatian dan pengiktirafan. Wanita bukan sahaja memainkan peranan penting dalam keluarga tetapi juga dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kepimpinan wanita bukanlah satu konsep baharu, malah ia telah dibuktikan dalam sejarah Islam melalui tokoh-tokoh wanita hebat yang menjadi inspirasi hingga ke hari ini.
Persedian Menangani Ibubapa yang Lanjut Usia
Malaysia dijangka menjadi negara tua pada 2030, dengan 15.3% penduduk berumur lebih 60 tahun. Pada masa yang sama, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat sedikit, dari 7.0% kepada 7.3%. Walaupun jangka hayat rakyat Malaysia menurun sejak 2020 disebabkan oleh peningkatan kematian akibat pandemik COVID-19, lelaki berusia 65 tahun pada 2022 dijangka hidup hingga 79.2 tahun, manakala wanita hingga 81.4 tahun.