MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi amanah yang wajib dipertahankan. Di bumi bertuah ini, bersama kita teguhkan kasih kepada tanah air, kita suburkan perpaduan dan kita pelihara keamanan yang diwarisi.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah besar yang perlu dipelihara dengan kesatuan, tanggungjawab dan kecintaan kepada tanah air. Marilah kita mengisi erti merdeka dengan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak, saling menghormati serta bersama-sama menghargai dan mensyukuri keamanan.
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا قَرۡيَةٗ كَانَتۡ ءَامِنَةٗ مُّطۡمَئِنَّةٗ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدٗا مِّن كُلِّ مَكَانٖ فَكَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا كَانُواْ يَصۡنَعُونَDan (berkenaan kaum yang kufur) Allah memberikan satu perumpamaan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari setiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.(An-Nahl: Ayah 112)
Kepimpinan yang bertanggungjawab dan rakyat yang bersatu padu kunci keamanan dan wibawa sesebuah negara.
Di atas robohan Kota Melaka,kita dirikan jiwa merdeka,bersatu-padulah segenap baka,membela hak keadilan pusaka~Dr. Burhanuddin al-Helmy~
Ungkapan ini menggambarkan bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi perlu membina “jiwa merdeka”.
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا“Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya.”(Surah asy-Syams, 91:9)
Kemerdekaan sebenar bermula apabila jiwa dibebaskan daripada sifat buruk, hawa nafsu dan kerosakan akhlak.
Bersama mempertahankan keadilan dan hak tanah air. Semoga Malaysia terus makmur, sejahtera dan diberkati Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Daripada
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
Pertubuhan SALWA Malaysia
31 Ogos 2026